Saya Ada 25 Jam Sehari: Cara Bijak Menjana Lebih Masa

RM50.00

Categories: , ,

Buku ini cukup sesuai bagi mereka yang perlu melaksanakan banyak perkara, namun tidak cukup masa bagi melaksanakannya. Buku ini juga memang ideal bagi mereka yang mengalami defisit masa saban hari.

Pengarang buku ini berulang kali ditanya bagaimana beliau menguruskan masanya, dan beliau menjawab mudah,

“Saya tak begitu mengurus masa saya; saya sebaliknya menjana lebih banyak masa.”

Jika anda yakin masa secara teknikal mampu dikembangkan bagi menyediakan ruang tambahan bagi pencapaian lebih banyak matlamat, maka inilah buku yang anda nanti-nantikan selama ini. Anda mampu mengembangkan masa bagi manfaat anda. Ramai personaliti cemerlang dapat melakukan lebih banyak dan meraih kejayaan lebih hebat kerana mereka menjana masa tambahan, dan bukannya kerana mereka mempunyai lebih banyak masa berbanding orang lain.

Tip dan rahsia yang diketengahkan dalam buku ini diilhamkan kisah benar gaya hidup-dan-kerja salah seorang penasihat dan usahawan Syariah global yang menabur bakti dalam pelbagai projek rentas sempadan, selain pelbagai tanggungjawab dan inisiatif.

Tip-tip yang diterangkan dalam buku ini mudah difahami dan diamalkan (juga mudah dikembangkan). Ini kerana ia sudah pun diuji setiap hari (dan setiap jam) dalam kehidupan dan kepimpinan pengarang.

Para pembaca hanya perlu menyesuaikan tip-tip ini dengan personaliti, kerjaya, persekitaran dan tabiat masing-masing. Pendek kata, buku ini dikarang seorang pengamal yang juga realis, dan bukan oleh pakar motivasi mahupun ahli teori.

Author

Mohd Daud Bakar

ISBN No

9789671378984

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Saya Ada 25 Jam Sehari: Cara Bijak Menjana Lebih Masa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…