Cerita Dari Dapur

RM25.00

Availability: 16 in stock

Categories: ,

Cerita Dari Dapur bukanlah merupakan sebuah buku resipi semata-mata. Nashkah ini juga merupakan perkongsian pengalaman penulis tentang bagaimana makanan dan rutin memasak sejak dari kecil mempengaruhi kehidupan beliau sehingga kini.

Dengan gaya penulisan yang santai, buku ini memaparkan kisah hidup penulis sewaktu membesar di Perak dan bagaimana setiap detik keluarga dan kawan-kawan seringkali disulami dengan kisah makan-makan dan masak-memasak.

Sesungguhnya, Cerita Dari Dapur meraikan keindahan kepelbagaian Malaysia bumi bertuah ini melalui makanan.

Istimewanya, resipi-resipi yang dipaparkan di dalam buku ini merupakan resipi istimewa masakan Cina yang pasti dapat menepati cita rasa kita semua tidak kira apa jua bangsa.

Setiap satu resepi telah dicuba berkali-kali oleh penulis bagi memastikan memasaknya mudah, menjimatkan masa dan hasilnya sedap sekali.

Ia amat sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Malahan ia juga amat sesuai untuk disediakan dan dihidangkan sekiranya ada tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

Cubalah.

Weight 0.36 kg
Author

Azian Hasan

ISBN No

9789671665534

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cerita Dari Dapur”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…